Keterangan album Vespertine

  • Pelbagai sampel dari barangan harian telah digunakan bagi mencipta rentak untuk beberapa buah lagu dalam album ini:
    • Bunyi kocokan kad digunakan dalam lagu "Hidden Place" serta "Cocoon".
    • Bunyi berjalan atas salji dalam "Frosti".
    • Bunyi air batu dipecahkan dalam lagu "Aurora".
  • Album ini merupakan album Björk yang terpanjang (selain daripada Greatest Hits).
  • Tiga single dikeluarkan daripada album ini, iaitu "Hidden Place", "Pagan Poetry", dan "Cocoon". Single keempat, "It's Not Up To You" tidak jadi dikeluarkan.
  • Lirik bagi lagu "An Echo, A Stain" diambil daripada pementasan Sarah Kane bertajuk Crave.
  • Lagu "Unison" menggunakan sampel Koir Katedral St. Paul menyanyi sebahagian daripada lagu Viri Galilaei yang dirakam pada 1994 oleh Patrick Gowers.
  • Album ini pada mulanya diberi tajuk Domestika, namun ditukar kepada Vespertine. Sebuah lagu yang bertajuk Domestica telah dirakam (yang pada mulanya diberi tajuk Lost Keys). Lagu ini telah dimuatkan sebagai B-side dalam single "Pagan Poetry".
  • Versi awal album ini pernah bocor di internet, dengan beberapa perbezaan:
    • Urutan lagu-lagu yang berbeza.
    • Lagu "It's In Our Hands" pada mulanya dimuatkan di dalamnya. Namun, lagu ini ditukar dengan lagu "Frosti" pada versi akhir. "It's In Our Hands" seterusnya ditampilkan dalam album Greatest Hits dan dikeluarkan sebagai single.
    • Sesetengah lagu mempunyai tajuk yang berlainan, contohnya:
      • "Pagan Poetry" menjadi "Blueprint"
      • "Cocoon" menjadi "Mouth"
  • Nama album ini, yakni 'Vespertine', merupakan sebuah perkataan yang digunakan dalam bidang zoologi dan botani. Perkataan ini merujuk kepada keaktifan haiwan ataupun tumbuhan tertentu menjelang waktu malam[1].

Rujukan

WikiPedia: Vespertine http://www.cria.ca/cert_db_search.php http://www.allmusic.com/album/vespertine-r546264 http://avclub.com/content/node/12875 http://unit.bjork.com/specials/albums/vespertine/i... http://www.blender.com/guide/reviews.aspx?id=866 http://pitchforkmedia.com/article/record_review/15... http://www.robertchristgau.com/get_artist.php?id=1... http://www.rollingstone.com/artists/bjork/albums/a... http://www.slantmagazine.com/music/music_review.as... http://www.wirelessbollinger.com/content/view/432/...